TENAGA PENGAJAR KAMI

TENAGA PENGAJAR KAMI
DARI KIRI, PN ROHALIZA, HJH AZIAH, PN NORSAFIDAH, HJH ROSNI, PN NORAINI, PN ZARINA DAN PN HORHAYATI
SELAMAT DATANG KE BLOG PASTI AZ ZAHRAH...SILA HUBUNGI HJH AZIAH TEL : 019-2106483 / 03-55488112...ALAMAT KAMI NO 3, TAMAN BARU, JLN MAT RAJI, PADANG JAWA, SEKSYEN 17, 40000 SHAH ALAM..Terima Kasih

Friday 30 October 2009

PASTI AZ ZAHRAH 4 SERTAI PROGRAM AIDILTRI




PROGRAM AIDILFITRI MASJID AS SOLIHIN
Pasti az Zahrah 4 telah turut serta dalam satu program Aidil fitri Anjuran Masjid As Solihin Padang Jawa pada 18hb Oktober yang lalu.
Dalam program ini, Pasti Az Zahrah 4 telah menyediakan gerai khas makanan berupa rojak Pasembur.
Turut terlibat adalah para NGO NGO yang terdapat di sekitar Padang Jawa termasuk WI, PAS Padang Jawa serta Pasti 1 dan 2.
Sila klik utk melihat gambar gambar program.

Wednesday 28 October 2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN




Peperiksaan Akhir Tahun PASTI Negeri Selangor 2009 untuk pelajar 5 dan 6 tahun akan dijalankan pada 19 sehingga 22 Oktober 2009. Ujian Lisan diadakan selepas dari tarikh peperiksaan. Para Pengurus PASTI cawangan diharap dapat memberi perhatian terhadap persediaan dan kehadiran para pelajar untuk menjalani peperiksaan. Sila maklumkan kepada ibu bapa pelajar berhubung peperiksaan tersebut.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR













LAWATAN PASTI AZ ZAHRAH 4 KE ZOO NEGARA DAN DESA WATERPARK

Pasti Az Zahrah 4 telah membuat lawatan sambil belajar ke Zoo Negara Malaysia Ulu Klang pada 13hb Ogos, 09 yang lalu.

Dalam lawatan ini para pelajar didedahkan kepada binatang binatang dan hidupan liar agar dapat memahami kehidupan binatang.

Seramai kira kira 100 orang terdiri dari pelajar pelajar Pasti serta ibubapa masing masing telah turut serta dalam program ini.
Satu pertunjukkan kepintaran haiwan juga telah diadakan sempena lawatan ini dan telah dapat menggembirakan pelajar pelajar menontonnya. Lawatan yang bermula kira kira jam 09.00 pagi itu berakhir jam 1.00 tgh.
Seterusnya pelajar pelajar dan ibu bapa telah di bawa untuk beriadah dan mandi manda di Desa Waterpark, Taman Desa Kuala Lumpur. Pelajar pelajar tidak melepaskan peluang untuk mandi serta membawa bersama kenangan manis lawatan dan riadah.

SUKAN PASTI PERINGKAT KAWASAN SHAH ALAM
















PESTA SUKAN PASTI KAWASAN

Pada 10hb Mei yang lalu Pasti Kawasan Shah Alam telah menganjurkan kejohanan Sukan Bolasepak dan Bolajaring antara Pasti cawangan-cawangan. Selain Pasti Az Zahrah 4, terdapat 9 lagi cawangan Pasti Sekitar Shah Alam telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Antaranya ialah1. Pasti Az Zahrah 1 (Pdg Jawa)2. Pasti Az Zahrah 2 (Pdg Jawa)3. Pasti Seksyen 24 Shah Alam4. Pasti Taman Kg Kuantan5. Pasti Seksyen 17 Shah Alam6. Pasti Seksyen 18 Shah Alam7. Pasti Kampung Kuantan8. Pasti TTDI Jaya9. Pasti Taman Bukit Subang.

Kejohanan tersebut telah bermula jam 08.00 pagi. Dalam perlawanan pertama acara bolasepak, Pasti Az Zahrah telah tewas kpd Pasti Section 18 dengan jaringan 1-0. Perlawanan kedua seri 0-0 namun dalam perlawanan ketiga, Pasti Az Zahrah telah berjaya menewaskan Pasti TTDI dengan jaringan 3-0.
Ini telah membawa kejayaan Pasti Az Zahrah 4 ke separuh akhir namun telah tewas 1-2 melalui sepakan penalti setelah kedudukan terikat 0-0 selepas 90 minit.Akhirnya Kita telah mendapat tempat ke 3 setelah menang sepakan penalti penentuan tangga 3/4.Dalam acara bolajaring kita bermula dengan tewas kepada Pasti Az Zahrah 2 dengan jaringan 1-0.
Namun dalam perlawanan kedua telah menang 9-0 dan perlawanan ketiga dengan 5-0. Akhirnya kita telah ke pertandingan akhir dan dalam perlawanan akhir yang ssengit kita telah tewas dengan jaringan tunggal 1-0 kepada Pasti Seksyen 24.BOLASEPAK - TANGGA KETIGA BOLAJRING - NAIB JOHANTahniah diucapkan kepada jurulatih jurulatih sepeti Hjh Aziah, Pn Heliza, Pn Zarina, Pn Norhayati yang telah berjaya membimbing skuad Pasti sehingga keperingkat tersebut.
Program berakhir jam 1.30 petang.

FIESTA SUKAN PASTI AZ ZAHRAH 4
















FIESTA SUKAN PASTI AZ ZAHRAH 4

Fiesta Sukan Pasti Az Zahrah 4 telah di adakan pada 05hb April 2009. Bertempat di Padang Dewan Merbau, Seksyen 17 Shah Alam, Fiesta Sukan untuk kali kelapan ini telah Di resmikan oleh Ahli Majlis MBSA yang juga Pengerusi MPP (Majlis Perwakilan Penduduk )Zon 6, Shah Alam Sdr. Zulkifli bin Mohd Nani. Fiesta yang telah dimulakan sekitar jam 08.00 pagi ini telah mengumpulkan semua pelajar pelajar PASTI Az Zahrah 4 beserta Ibu Bapa di mana kehadiran dianggarkan sekitar 600 orang.
Dalam ucapan peresmian Fiesta ini, Sdr Zulkifli b Mohd Nani mengucapkan syabas atas kejayaan menganjurkan Fiesta ini. Beliau menekankan agar Ibu Bapa menerapkan ilmu mendidik anak anak dengan cara yang lebih mengikut peredaran masa.
Ini kerana generasi anak anak yang mudah terdedah kepada gejala negatif. Generasi ini di panggil GENERASI MILLENIUM. sementara generasi terdahulu di panggil Generasi X dan generasi Y mengalami keadaan berbeza dari zaman kini. Rumah kuning telah menjuarai Fiesta ini diikuti oleh rumah merah, hijau, oren dan unggu.
Acara acara yang dikhaskan untuk ibubapa turut diadakan dan telah turut memeriahkan suasana Fiesta ini. Program telah berakhir sekitar jam 1.00 tgh.

PELAJAR PASTI DI PROG. MAULIDUR RASUL











PASTI AZ ZAHRAH 4 SERTAI PROGRAM MAULIDUR RASUL
Satu program sempena Sambutan Maulidur rasul telah di adakan bertempat di Surau Nurul Iman, Jln Mat Raji. Padang Jawa.
Pasti Az Zahrah 4 telah berpeluang turut serta dalam program yang telah diadakan pada 09hb Mac, 2009 itu. Pasti Az Zahrah berjaya mengumpulkan sebahagian besar pelajar pelajar Pasti pada pagi tersebut beserta Ibu Bapa. Mereka memulakan perarakan bertempat di Pasti Az Zahrah dan bergerak ke Surau Nurl Iman sejauh 1/2 kilometer.
Keseluruhannya, sekitar lebih 500-700 peserta telah menyertai program tersebut yang turut disertai oleh Badan Badan persendirian. Program yang bermula sekitar jam 08..00 pagi itu turut menjemput penceramah mengenai Rasulullah SAW oleh Ust Ismail Abbas dan berakhir jam 12.00 tgh.

Monday 26 October 2009

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum Wrh. Wbt.Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W. Dan Kaum Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda Serta Para Pejuang Islam Yang Tidak Jemu-Jemu Menyebarkan Dakwah Keseluruh Alam.
Alhamdullillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana dengan limpah perkenannya maka PASTI Az ZAHRAH 4 dapat meneruskan usaha murni memacu kegemilangan PASTI sebagai entiti pendidikan PRA Sekolah yang disegani di negeri ini.Dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak, kebanyakan ibubapa tidak berkira kerana yang penting anak-anak mendapat pembelajaran yang sempurna Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini anak-anak semestinya dipersiapkan dengan "IQ" (Intelligent Quality) dan "EQ" (Emotional Quality) yang tinggi. Dari itu keputusan menghantar anak anda mendapatkan pendidikan di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) aZ-ZAHRAH 4 adalah merupakan langkah yang paling bijak yang telah anda lakukan.
Sejurus tirai 2009 dibuka, takwim pendidikan PASTI Az-Zahrah 4 telah disusun dengan lengkap sepanjang tahun 2009 dengan pelbagai program pendidikan di sana sini. Pengurusan PASTI Az-Zahrah 4 juga bertambah sistematik dan efisyen dengan operasinya berpusat di sebuah bangunan yang terletak di No 3, Taman Baru, Jalan Mat Raji Padang Jawa.
Pihak kami juga buat julung-julung kalinya telah berjaya menubuhkan Jemaah Ibu Bapa Guru (JIBG) sebagai pemangkin kepada hubungan yang lebih baik lagi dikalangan Pengurusan Pasti dan Ibu Bapa. Dengan tertubuhnya JIBG ini, diharap ia akan dapat meningkatkan lagi taraf pendidikan di kalangan anak-anak Pasti Az-Zahrah 4 selain hubungan yang baik antara Ibu-Bapa dan Pengurusan Pasti.
Akhir kata, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas komitmen dan sumbangan semua pihak dalam menjayakan pendidikan PASTI ini. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha ini sebagaimana firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu” (Surah Muhammad : Ayat 7). Mudah-mudahan Allah melindungi kita semua dan menjaga keselamatan anak-anak kita selama mana mereka mendapat pendidikan di PASTI. Amin Ya Robbal A’lamin.

TN HJ HISHAM BIN PARMAN
PENGURUS