Pasti Kawasan Shah Alam telah menyertai satu program anjuran Exco Pendidikan Negeri Selangor mulai 4 hingga 6hb Disember 2009.
Program yang dinamakan Children Pre School Fair 2009 atau Pameran Ekspo kanak kanak Pra Sekolah 2009 ini telah diadakan di perkarangan Shah Alam City Center (SACC) mall.
Sebanyak lebih 10 buah booth telah dibuka untuk pameran kepada masyarakat bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang peri pentingnya Pra-sekolah kepada kanak-kanak.
Ini akan dapat membentuk minda serta sikap yang betul kanaka kanak terhadap kehidupan dan pelajaran.
Antara yang turut serta Selain Pasti Kawasan Shah Alam, termasuk Tadika Tunas Bestari, Noah kindergarten serta beberapa tadika yang lain.
Menurut Guru kanan Pasti Az Zahrah 4 selaku wakil Pasti, Hjh Aziah Alias antara tujuan Pasti menyertai program ini adalah untuk memberi pendedahan masyarakat terhadap karikolum karikulum Pasti yang seiring dengan cara hidup sesebuah keluarga berteraskan ajaran agama Islam.
"Ini adalah cara kita untuk mendedahkan kanak kanak dengan cara hidup Islam agar mereka menjadi sebati dengan cara ini. Ini tentu akan dapat membantu mereka agar dapat membina dan mengamalkan akhlak yang baik seiring umur mereka apabila mereka memasuki Sekolah rendah dan seterusnya sekolah menengah".
Kanak-kanak adalah ibarat kain yang putih, kalau kita mendidik mereka dengan baik, maka baiklah jadinya dan kalau buruk maka hasilnya tentulah buruk" kata Pengurus Pasti Az Zahrah, Hj Hisham Parman. Beliau berharap Pasti akan terus menerajui pendidikan kanak kanak dimasa akan datang agar dapat terus malahirkan insan insan yang cemerlang dan tawaduk, Insya Allah.
Program ini telah diresmikan oleh Exco pendidikan Negeri Selangor, Dr Halimah Md Ali.
Bagi ibu bapa, lapangkanlah masa untuk hadir ke program tersebut dari 4hb hingga 6 disember di SACC mall.