TENAGA PENGAJAR KAMI

TENAGA PENGAJAR KAMI
DARI KIRI, PN ROHALIZA, HJH AZIAH, PN NORSAFIDAH, HJH ROSNI, PN NORAINI, PN ZARINA DAN PN HORHAYATI
SELAMAT DATANG KE BLOG PASTI AZ ZAHRAH...SILA HUBUNGI HJH AZIAH TEL : 019-2106483 / 03-55488112...ALAMAT KAMI NO 3, TAMAN BARU, JLN MAT RAJI, PADANG JAWA, SEKSYEN 17, 40000 SHAH ALAM..Terima Kasih

Tuesday 27 April 2010

FIESTA SUKAN TAHUNAN PASTI AZ ZAHRAH 4





Tuesday, 27 April 2010
SUKAN TAHUNAN PASTI AZ ZAHRAH
18/04/2010 - Pasti Az Zahrah 4 telah berjaya mengadakan Fiesta Sukan tahunan pada 18hb April 2010 yang lalu. Bertempat di Padang Permainan Seksyen 17, Dewan MPP Zon 6, Fiesta ini telah berlangsung dengan begitu meriah sekali. Turut serta bersama sama Pasti Az Zahrah 4 adalah Pasti Al Amin yang turut mengadakan Fiesta Sukan tahunan mereka bersama.
Fiesta Sukan itu telah diresmikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam, Hj Azli bin Yusof.
Berlaku persaingan sengit dalam sukan yang dipertandingkan. Antaranya termasuklah lari sambil bawa tayar, sport rim, gelung dan belbagai lagi acara.
Turut diadakan ialah acara untuk ibu bapa serta jawatankuasa.
Akhirnya, rumah kuning telah muncul selaku juara keseluruhan.
Gambar gambar boleh di saksikan di Galeri aktiviti

Friday 2 April 2010

PASTI AZ ZAHRAH 4 JUARA






(Sila klik gambar program pasti az zahrah 4 untuk melihat gambar Kejuaraan)
Ahad 28hb Mac, 2010 - Salam. Pasti Kawasan Shah Alam dengan kerjasama seluruh Pasti cawangan cawangan telah berjaya mengadakan Pesta Sukan Pasti pada 28hb Mac yang lalu. Bertempat di Padang SUK Shah Alam, sebanyak 10 pasti cawangan telah turut serta dalam program tahunan ini. Acara yang di adakan adalah Bolasepak utk pelajar lelaki manakala Bolajaring untuk pelajar perempuan.

Pasti Az Zahrah 4 turut serta dalam kedua dua acara tersebut. Dalam acara bolasepak, Pasti Az zahrah 4 telah tewas dalam peringkat kumpulan. Walaubagaimanapun ketewasan itu adalah tipis dan hanya melalui perbezaan mata sahaja. Syabas diucapkan kepada pelajar pelajar yang mengambil bahagian.
SYABAS SYABAS dan SYABAS untuk pelajar perempuan yang menyertai acara bolajaring kerana telah menjuarai acara tersebut. Lebih manis lagi, kejuaraan tersebut telah mengakhiri kekecewaan tahun lalu apabila hanya menjadi naib juara apabila tewas dalam perlawanan akhir.

Ini juga bermakna Pasti Az Zahrah 4 meneruskan tradisi acara bola jaring selaku pilihan utama kejohanan setiap tahun serta calon juara.
SYABAS juga kepada tenaga pengajar serta jurulatihnya, Pn Hajah Aziah serta crew crew beliau. gambar disertakan.

Monday 8 March 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PADANG JAWA







Ahad 28hb Februari, 2010 - Pasti Az Zahrah 4, Padang Jawa Petaling telah menyertai satu program sambutan Peringkat Kampung padang Jawa Petaling pada 28hb Februari 2010.
Sambutan kali kedua diadakan ini telah disertai oleh lebih 500 peserta terdiri dari Badan badan lain seperti Sek Keb Padang Jawa Petaling, Kumpulan Rewang Padang Jawa, Kelab Bani Az Zahrah, Serta Pasti 1 dan 2 .
Pasti Az Zahrah 4 telah menghantar sekitar 80 pelajar pelajar yang telah turut menyertai perarakan yang diadakan pada pagi tersebut. Perarakan bermula dari Pasti Az Zahrah 1 dan berakhir di Tapak Gerai MBSA berhampiran surau Nurul Iman.
Menurut Pegetua Pasti Az Zahrah 4, Hj Aziah ini adalah sebagai salah satu cara Pasti mendekati masyarat agar mereka dapat lebih mengenali Pasti dari dekat. Secara tidak langsung ini juga mampu mendekatkan masyarakat dengan pasti selain ibu bapa sendiri dapat mengenali masyarakat setempat.
Sila Klik aktiviti untuk melihat gambar program.....

Monday 22 February 2010

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Ahad - 21hb Februari, 2010 - Satu program sambutan Maulidur rasul peringkat kampung Padang Jawa petaling akan diadakan pada hari Ahad 28hb Februari 2010.
Program anjuran Surau Nurul Iman, Jalan Mat Raji Padang Jawa itu akan bermula sekitar jam 09.00 pagi. Perarakan akan bermula dari Jalan Masuk di Taman Baru Padang jawa berdekatan Pasti Az Zahrah 1.
Pasti Az Zahrah akan turut serta dalam perarakan tersebut dengan disertai oleh para pelajar Pasti serta termasuk ibu bapa ibu bapa. Para ibu bapa adalah digalakkan untuk menyertai program ini bersama sama anak anak mereka dalam memeriahkan lagi program ini untuk meraikan keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Pihak pengurusan serta guru guru akan bersama sama menyertai program tersebut.
Sekian.

Wednesday 27 January 2010

HARI KECERMELANGAN PASTI SELANGOR




Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi



Sunday, January 24, 2010
Pada 23 Januari 2010 lepas, PASTI Negeri Selangor mengadakan Majlis Kecemerlangan Pelajar PASTI Negeri Selangor bagi tahun 2009 bertempat di Institut Pertanian Serdang. Seramai 44orang murid 5 dan 6 tahun daripada 22 kawasan seluruh Negeri Selangor telah diraikan dalam majlis ini. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Shafie Abu Bakar ADUN Bangi. Adik Munawwarah Bt. Mahadi dari PASTI Bestari kawasan Puchong dinobatkan sebagai murid terbaik 5 tahun dan adik Mohammad Aqil B. Mohd Idris dari PASTI Littel Ikhwan kawasan Kuala Selangor dinobatkan sebagai murid terbaik 6 tahun. Kedua-dua murid ini dipilih berdasarkan markah tertinggi dalam ujian penilaian PASTI Negeri SELANGOR yang diadakan pada 12nov 2009 yang lalu.

Thursday 14 January 2010

Perutusan Ketua Pengarah PASTI Malaysia




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.
Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.
Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat.
Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.
Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.
Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan ilahi. Terima kasih.
Azrin bin Ab. Majid

Tuesday 5 January 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN














Pasti Az Zahrah 4 telah memulakan jadual persekolahan yuran pada 4hb Jan 2010. Bagaimanapun pada hari ini, hanya pelajar pelajar yang mendaftar di saat saat hadir sahaja yang hadhir kerana dapat memudahkan urusan pembayaran yuran oleh ibubapa masing masing.


Ini telah dapat melancarkan lagi program persekolahan kami di Pasti Az Zahrah 4.