Assalamualaikum Wrh. Wbt.Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat Dan Salam Kepada Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W. Dan Kaum Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda Serta Para Pejuang Islam Yang Tidak Jemu-Jemu Menyebarkan Dakwah Keseluruh Alam.
Alhamdullillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana dengan limpah perkenannya maka PASTI Az ZAHRAH 4 dapat meneruskan usaha murni memacu kegemilangan PASTI sebagai entiti pendidikan PRA Sekolah yang disegani di negeri ini.Dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak, kebanyakan ibubapa tidak berkira kerana yang penting anak-anak mendapat pembelajaran yang sempurna Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini anak-anak semestinya dipersiapkan dengan "IQ" (Intelligent Quality) dan "EQ" (Emotional Quality) yang tinggi. Dari itu keputusan menghantar anak anda mendapatkan pendidikan di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) aZ-ZAHRAH 4 adalah merupakan langkah yang paling bijak yang telah anda lakukan.
Sejurus tirai 2009 dibuka, takwim pendidikan PASTI Az-Zahrah 4 telah disusun dengan lengkap sepanjang tahun 2009 dengan pelbagai program pendidikan di sana sini. Pengurusan PASTI Az-Zahrah 4 juga bertambah sistematik dan efisyen dengan operasinya berpusat di sebuah bangunan yang terletak di No 3, Taman Baru, Jalan Mat Raji Padang Jawa.
Pihak kami juga buat julung-julung kalinya telah berjaya menubuhkan Jemaah Ibu Bapa Guru (JIBG) sebagai pemangkin kepada hubungan yang lebih baik lagi dikalangan Pengurusan Pasti dan Ibu Bapa. Dengan tertubuhnya JIBG ini, diharap ia akan dapat meningkatkan lagi taraf pendidikan di kalangan anak-anak Pasti Az-Zahrah 4 selain hubungan yang baik antara Ibu-Bapa dan Pengurusan Pasti.
Akhir kata, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas komitmen dan sumbangan semua pihak dalam menjayakan pendidikan PASTI ini. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha ini sebagaimana firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu” (Surah Muhammad : Ayat 7). Mudah-mudahan Allah melindungi kita semua dan menjaga keselamatan anak-anak kita selama mana mereka mendapat pendidikan di PASTI. Amin Ya Robbal A’lamin.
TN HJ HISHAM BIN PARMAN
PENGURUS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment